nuffnangs

♥ HULURKAN KLIK RINGANKAN BEBAN ♥

♥ DAFTAR LINK ANDA DISINI ♥

Samsung Galaxy S4 VS S5 review

 
Hai. hai. hai.. salam jumaat uolls.. harini cikbedah tgh rajin preview pasai samsung galaxy seksi meksi nih.. huahuahua.. yang terpenting sekali aku nih pencinta samsungggg.. haa.. ingt lagi dolu2 zaman skolah masa first pakai hp.. pakai smsung lipat kot.. even penah jatuh dalam ayaq tqejun pun still boleh on.. hahahaha.. haa. ckp byk takmau. nk jamu mata hampa tgk fon dri samsung ni haa...

  
Samsung Galaxy S5 telah dilancarkan di majlis perlancaran MWC 2014 di barcelona pada 24hb lalu, namun ianya tidak mempunyai banyak perbezaan cuma Samsung telah menambah ciri-ciri baru untuk Galaxy S5 yang tiada pada Galaxy S4. Salah satunya adalah Ultra Power Saving Mode, dimana ia membolehkan telefon anda menjimat bateri selama yang boleh – walaupun bateri anda mempunyai kapasiti sebanyak 10%, jika anda mengaktifkan “UPSM” ini anda masih lagi mempunyai 24jam untuk penggunaan telefon anda.

 
Sudah pastinya ianya akan mempunyai kekurang, kerana apabila anda telah aktifkan mode tersebut, skrin paparan anda akan bertukar kepada greyscale dan anda hanya mempunyai seberapa aplikasi untuk diguna. Tetapi anda juga dibenarkan untuk memilih seberapa aplikasi yang akan dibenarkan jika aplikasi tersebut tidak akan memakan bateri anda yang banyak. Tambahan lagi yang membuatkan S5 lebih menarik adalah, ianya mempunyai pengimbas cap jari yang boleh didapati seperti di iPhone 5S. 

Reka Bentuk dan Komponen
 
S4
Galaxy S4 diperbuat daripada sepenuhnya berasakan plastic polycarbonate yang dikatakan tidak begitu sesuai dengan harga telefon pintar ini yang memberikan gambaran telefon pintar murah.
 
S5
Galaxy S5 hadir dengan reka bentuk yang lebih premium berbanding Galaxy S4 dan dibelakangnya mempunyai lekuk seperti bola golf yang kelihatan seperti berlubang dan ia juga membantu pengguna untuk penggunaan sebelah tangan.
Skrin Paparan
 
Galaxy S IV
Samsung Galaxy S4 hadir dengan skrin paparan Full HD Super AMOLED dan disertakan dengan Corning Gorilla Glass 3 bersaiz 5-inci yang mempunyai kepadatan piksel sebanyak 441ppi.
 
Galaxy S V
Samsung Galaxy S5 hadir dengan skrin bersaiz 5.1-inci paparan Super AMOLED HD bersama resolusi 1980x1080p dan kepadatan 431ppi. Namun mereka masih lagi belum menukarkan paparan mereka kepada qHD.
 
 
Kamera
13MP
Samsung Galaxy S4 disertakan dengan peningkatan resolusi buat kali kedua kepada varian Galaxy S selepas S II dan S III mempunyai kamera 8MP. Galaxy S4 dilengkapi dengan kamera 13MP yang disertakan dengan Flash LED. Selain itu, terdapat kamera hadapan 2MP dan paling menarik ialah kedua-dua kamera hadapan dan belakang boleh digunakan serentak untuk mengambil gambar dan membuat rakaman video. UI bagi kamera pada Galaxy S4 adalah berasakan Galaxy Camera.

16 MP
S5 telah dilengkapi dengan kamera belakang 16MP dan kamera hadapan 2MP sahaja. Namun apa yang menarik dibahagian kamera kerana S5 mampu untuk merakam video 4Kk yang membawakan resolusi sebanyak 2160p.
 
 
OS
Android 4.2.2 Jelly Bean ( boleh dikemaskini ke Android 4.3 dan 4.4 KitKat)
Ketika dilancarkan awal lalu, Samsung Galaxy S4 hadir dengan versi Android Jelly Bean 4.2.2 yang mana walaupun masih merupakan versi Jelly Bean seperti versi Android 4.1, versi ini hadir dengan banyak penambahbaikan yang meningkatkan lagi kepuasaan pengunaan peranti Android

Android 4.4 KitKat
Versi terbaru Android yang telah di sahkan oleh Google ini hadir bersama Galaxy S5. Antara ciri baru pada Android 4.4 Kitkat ialah penggunaan RAM yang rendah, jangka hayat bateri yang lebih baik, Bluetooth 4.0, UI baru, dan banyak lagi.

Ciri-Ciri Lain Galaxy S5
Heart-Rate Monitor
Walaupun S4 telah dilengkapi dengan ciri-ciri kecerdasan, S5 juga turut membawakan satu langkah kehadapan dengan pengesan denyutan jantung, dimana anda boleh mengaktifkan dengan tekan butang ditepi dan ianya akan bermula mengesan dengupan jantung anda secara langsung.

Download Booster
Dengan Download Booster ini, anda boleh memuat turun aplikasi ataupun apa-apa jenis file yang lebih daripada 30MB dengan kelajuan baru. Apabila anda mengaktifkan DB ini ianya akan menggunakan sambungan LTE anda dan WiFi sekaligus untuk memuat turun.
 
 
 

aieee.. tantikkk aih.. *usap tekak telan yaqlioq.. hahahaha

 

3 comments:

  1. huwaa...rambang mata bila baca kecanggihan tipon ney..kalo duit btimbon mmg dedua ku hangkot..

    ReplyDelete
  2. HAHAHA. kan.. kalau aku kayaaaaa.. tgk pun geram.

    ReplyDelete
  3. nak beli s5 sat lg nk cri review dlu hihihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Mekasih Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni. Harap-Harap Sudilah Komen Sepatah Dua Kata.

COPYRIGHT/izny-inspirasikehidupan.blogspot.com