nuffnangs

♥ HULURKAN KLIK RINGANKAN BEBAN ♥

♥ DAFTAR LINK ANDA DISINI ♥

Percintaan Jarak Jauh.

huh.. agak beberapa hari jgk la aku xhapdet blog ni.. malas plak nk godeh2.. dengan bizi nya.. dengan letihnya.. berilah aku kekuatan untuk meneruskan kerjaya aku sekarang ni... disebalik kepenatan aku ada kekuatan yang selalu bagi semangat kat aku, iaitu incik cinta yang jauh dimata tapi dekatttttt dihati :)


harini aku nk cerita tentang percintaan jarak jauh ni.. ramai yang tak percaya kan dengan hubungan percintaan jarak jauh mcm ni kan ? satu ja cara kalau nk kekal dgn pasangan masing2.. anda2 kat luar sana mesti percaya satu sama lain.. ni aku nk bg tips skit...

KOMUNIKASI
- komunikasi ni sangatlah penting kan.. kalau xberkomunikasi mcm mana nk eratkan hubungan kan.. maksud aku jgn la smpai tersalah cara kalau nk berkomunikasi tu.. mcm aku.. contact guna sms je.. call tu jrg sama sekali.. jaga perhubungan masing2.. n jauhkan dari perkara yang xmo berlaku.. tp skali skala ada jgk la contact by call :)

KATA HATI
- selalunya pasangan yang bercinta ni mesti ada naluri masing2.. naluri ke bisikan syaiton nirojim.. hahaha.. tapi percayalah kalau anda dikurniakan pancaindera yang ke-enam.. dengan pemberian yang diberikan oleh ALLAH. *kadang2 tu jadi jugak pergaduhan kecik kalau trasa curiga.. sedangkan lidah lagi tergigit. inikan pula pasangan bercinta. ewahhhh.. berpujangga madah plak cikneto ni.

KEPERCAYAAN
- kepercayaan ni palinggggg penting sekali.. tp jgn la percaya sidia 100% nanti kecewa.. sapa nk tanggung.. hati sendiri jgk merana.. alahai nasib badannn.. so.. kena percaya pada diri sendiri jugak okeh.. 50% ntok kita. 50% untuk sidia.. sebab percintaan jarak jauh ni selalu pasangan diuji.. kalau pasangan tu saling xpercaya..saling nk tuduh itu ini tanpa usul periksa.. terus nk sembur mcm tu.. mau nya si dia tak sentap.. orang laki pun ada jugak perasaan kan?

BERDOA
- setiap apa yang kita lalui.. setiap apa yang kita ingini.. mestilah kita berusaha dan tawakal.. berdoa supaya diberi petunjuk.. berdoa supaya kita tak kecewa kalau dia bukan jodoh kita.. berdoa supaya tunjukkan sikap dia yang sebenar kalau dia bukan untuk kita.. dengan cara tu mungkin sedikit sebanyak boleh hindari kita dari penyakit hati.. *inilah yang aku selalu amalkan.. kalau dia bukan untuk aku.. aku berdoa supaya jauhi dia dari aku.. tunjukkan kat aku yang dia bukan yang terbaik ntok aku.. sebab aku xsanggup nak sakit hati.. tambah pulak hati seorang perempuan kebanyakkan senipis tisu. erk... betulke kaum hawa sekalian ? hihi.

CINTA ITU HADIR DISETIAP SAAT.
CINTA ITU TERASA DALAM TINDAKAN
CINTA ITU TERUCAP DALAM SENYUMAN
CINTA ITU BERSINAR DALAM TATAPAN

buat incik cinta yang xpernah bersua muka. yang jarang dengar suara di fon. alhamdulillah perhubungan kita dah sejauh ni.. insyaAllah.. dengan izin Allah.. andai nama kita berdua tertulis di lut mahfuz.. andai jodoh kita bersama.. insyaAllah.. walaupun segala benda yang berlaku.. sy akan cuba untuk bersama dengan awak walau sesulit apa sekalipun.. alhamdulillah.. dari hari ke hari kita semakin mengenali.. kita semakin tidak menyakiti.. saya masih belajar untuk mengenali diri awak.. biarpun usia perkenalan kita dah lebih beberapa tahun.. tp rasa xckup lagi untuk mengenali awak dengan lebih dalam.. tapi saya tahu.. awak pun setia mcm saya setia kat awak.. saya cuba untuk hindari rasa jeles.. sebab perhubungan tu atas diri masing2 biarpun ramai yang mengorat awk.. mengorat saya.. hati kena teguh.. itu kunci kebahagiaan kita.. kalau hati mula goyang untuk apa kita bercinta.. kerana perhubungan yang kita bina mungkin akan terbina selama kita bernyawa.. apa pun yang terjadi.. biarlah Allah yang menentukan yang terbaik untuk kita..

janganlah terlalu sedih yang melampau atas kegagalan bercinta.. cinta pada manusia xpernah kekal..buat apa kita bersedih kalau org lain tinggalkan kita..sedangkan org tu tengah berseronok dengan orang lain.. sedangkan kita meratap kesedihan.. jadi jangan terlalu mengharapkan cinta yang belum pasti milik kita :)

tediaaaaaa entry panjang nak mmpoih. hahaha. cukup dh kot.. rasa mgantok dah mata ni.. boleh tidoq dah kot.. SELAMAT MALAM. semoga hubungan anda terbina dengan bahagia dan iklas disertakan dengan kejujuran.

2 comments:

  1. mmg susah cinta jarak jauh ni...sabar ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. saya okey je.. hari2 sy xda lah setension org lain.. pandai2 lah jage hati sendri :)

      Delete

Assalamualaikum. Mekasih Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni. Harap-Harap Sudilah Komen Sepatah Dua Kata.

COPYRIGHT/izny-inspirasikehidupan.blogspot.com