nuffnangs

♥ HULURKAN KLIK RINGANKAN BEBAN ♥

♥ DAFTAR LINK ANDA DISINI ♥

Kesudahan Cerita Doraemon

tengah sembang2 dengan seseorang tetiba dia tnya. "kalau terrer ape kesudahan cite doremon" aku dengan selamber nya jawab.. "xda kesudahan. penulis dia mati" hahahahaha.. tengok. betapa malasnya aku nak perah otak yang xbrapa nk cerdik ni.. maka aku menggoogle la.. haha.. tu ja aku terrer..


The truth is...
Doraemon tiada penamatnya kerana pengasas Doraemon iaitu Fujio F. Fujiko meninggal dunia pada tahun 1996. Tetapi,  ada tiga penamat yang telah diperdebatkan oleh para peminat Doraemon (yang dihasilkan oleh peminat Doraemon sendiri).

Baiklah. 
Mari kita kaji sebentar.
1. Siapa di sini  pernah buat-buat lalu lalang depan tv sambil korek gigi waktu anak buah tengah fokus tengok cerita Doraemon sila angkat tangan!
2. Siapa pernah tengok ending Doraemon angkat tangan! Ader? Ader?

Penamat pertama oleh Nobuo Sato.


Anatomi Doraemon- pasni leh ar try cipta Doraemon

Doraemon adalah robot kucing dari abad ke-24 yang tiada telinga kerana digigit tikus dan yang  menyokongnya untuk hidup bukanlah kuih Dorayaki sebaliknya bateri yang tertanam dalam tubuhnya.

Pada suatu hari...gaya bercerita kanak-kanak
Bateri Doraemon akhirnya 'kong' dan Doraemon jadi keras beku (frozen). 
Waktu ni Nobita tengah rungsing, sian dia

Nobita ada dua pilihan untuk menghidupkan kembali Doraemon. Pilihan pertama, tukar bateri Doraemon yang akan menyebabkan semua memori Doraemon bersama Nobita kembali ke titik kosong. Pilihan kedua, tunggu technician robot yang mahir yang mampu menghidupkan kembali robot kucing tersebut satu hari nanti.

Jadi apa pilihan yang Nobita ada? Nobita kemudiannya bersumpah pada hari Doraemon telah menjadi beku tersebut untuk bekerja keras di sekolah, lulus dengan cemerlang dan menjadi technician robot yang mahir. Syahdu, Nobita akhirnya berjaya menjadi profesor robot serta sukses sebagai pengasas Al (apadia aku pon tak tahu yang ni) dan hidup bahagia selama-lamanya bersama Doraemon dan membayar hutang-hutang keturunan Doraemon iaitu penyebab utama Doraemon dihantar ke dimensi dunia manusia.

Penamat kedua
  
Rupa- rupanya Nobita menderita autisme dan semua karakter termasuklah Doraemon hanyalah khayalannya. !@#$%^&!!
Nobita hanya seorang kanak-kanak berpenyakit yang terlantar atas katil dan suka berilusi untuk mengurangkan tekanan dan kesakitannya. Reaksi peminat-peminat Doraemon, memang marah gila bila tahu ending ni. Hampeh ler. Penat je kita tengok Doraemon kan? 
Bantah ending kedua! Bantah!(sepanduk)

Penamat ketiga
Dapatkah anda terima kenyataan baca ending ketiga ini?
Nobita terjatuh dan kepalanya terhantuk di batu. Kemudian, koma pulak dan orang kata jadi human vegetable. 
Doraemon, dalam usaha untuk menyelamatkan Nobita telah menjual semuaaa peralatan dalam poket empat dimensinya itu. Cuma satu barang sahaja yang dia tak jual sebagai pilihan terakhir (tadi kata jual semua) iaitu alat yang membolehkan Nobita yang koma itu untuk pergi ke mana sahaja yang Nobita ingin pergi. 

Akhirnya, tempat yang Nobita ingin pergi adalah syurga. T_T

Mana boleh cerita yang penuh dengan semangat optimistik dan setiakawan ni berakhir begini. Tak boleh. Tak boleh.

Akhirnya, kata sepakat telah dicapai oleh peminat-peminat siri Doraemon (termasuk aku dan anda juga??) bahawa ending yang paling boleh diterima akal adalah ending yang pertama kerana ia menunjukkan nilai persahabatan antara Nobita dan Doraemon. Lihat, betapa Nobita sanggup buat apa sahaja untuk mempertahankan kawan baiknya :') srrooottt sroott tarik hingus

haa.. ni yang aku jumpak kt google.. hahaha.. ada jugak yg kaji benda alah ni.. tapi kalau dipikirkan dengan akal yang logik.. semua org msti nak taw.. ending dia.. even dia hanyalah watak kartun dalam tibi.. si dia yang tnya soalan ni dkt aku dia cuma bg klu "NOBITA JADI PANDAI BERJAYA DALAM HIDUP PASTU KAWIN DENGAN SHIZUKA"

Psstt.. macam dia dh bg jawapan ja.. hahaha.. ending dia.. mcm yg ada penulis tu tulis.. doremon mati.. pastu nobita janji nak stdy pndai2.. pehtu capai cita2 dia nk kawen ngn sizuka.. itu la kesimpulan jawapan yg aku dpt.. hahahaha...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Mekasih Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni. Harap-Harap Sudilah Komen Sepatah Dua Kata.

COPYRIGHT/izny-inspirasikehidupan.blogspot.com